my friends

my friends

Wednesday 27 June 2012

Asas Sains Sukan 1



Dalam asas sains sukan mengandungi beberapa kategori seperti kecergasan fizikal,mental, sosial dan kerohanian.Bagi faktor kecergasan fizikal, terdapat 2 jenis kecergasan iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan perlakuan motor atau kemahiran.

Berasaskan Kesihatan
Kecergasan keseluruhan terdiri daripada :
                Fisiologi (fizikal)
                Sosial(Sosial)
                Psikologi(emosi,krohanian dan mental)
Kecergasan fizikal~
Keupayaan memenuhi keperluan kehidupan seharian
Kecergasan mental~
Keupayaan untuk belajar dan berkembang secara intelektual
Kecergasan sosial~
Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran
Kecergasan kerohanian~
Kepercayaan terhadap sesuatu penyatuan
Kecergasan fizikal~
Berasaskan kesihatan dan berasaskan perlakuan motor atau kemahiran
Kecergasan emosi~
Keupayaan untuk mengawal emosi supaya berasa selesa untuk meluahkan perasaan
Senaman dan rekreasi~
Seseorang individu memerlukan senaman dan rekreasi dalam kehidupan seharian

Kecergasan berasaskan Kesihatan
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
a.Daya tahan kardiovaskular-memerlukan keupayaan bersenam dalam tempoh yang panjang.Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
b.Kekuatan otot-merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya kerja.Pertambahan kekuatan akan membawa ketahanan otot-otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap yang tinggi.
c.Daya tahan otot-merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk menghasilkan daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa tertentu,beberapa kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d.Kelembutan-merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan sepenuhnya melalui pergerakan.Komposisi badan adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu lemak,otot, dan tulang.Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan bahagian lemak ini menentukan berat badan seseorang individu umum.Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.


Kecergasan berasaskan Perlakuan Motor
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:
a.Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan kaki dan badan.Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk menghasilkan badan yang tepat.
b.imbangan merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan tetap atau melakukan sesuatu aktiviti.Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila melakukan sesuatu aktiviti.Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau tapak menyokongnya diubah.
c.Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah.Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
d.Kuasa merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan melibatkan kekuatan dan kelajuan.Kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tingi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.
e.Masa tindakbalas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak apabila seseorang itu bertindakbalas.Kebolehan seseorang itu bertindak dengan secepat yang mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.


Persoalan:
1)Kenapa perlu panaskan badan dan membuat renggangan?
Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar.Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai pergerakan . Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

2)Kenapa perlu menyejukkan badan dan membuat kelonggaran?
        * menurunkan suhu badan secara beransur-ansur
        * menjajar semula otot-otot
        * menggalakkan pengaliran darah ke jantung
        * membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan
        * mententeram atau merelakskan anda

Wednesday 20 June 2012

Rekreasi

Rekreasi merupakan suatu kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, seperti beristirahat dan menghiburkan hati serta riadah.

Monday 18 June 2012

my story

Hi, my name is Abul Qayyim bin Rahim.
Actually, i was born in penang but i now i'm staying in kedah.
My primary school is SK Hashim Awang and SK Teloi Kanan.

For my secondary school is Sultan Abdul Hamid College.
all boys
SAHC

Now i'm studying in UiTM Merbok for Diploma in Computer Science.
UiTM
My hobby is to play computer's games.I also like to watching anime or read manga in internet..hehe
My father is a mechanic.He works in Penang.While mother is a house-keeping but every year in Ramadhan, my mother will make 'kuih raya' to sell. So, if somebody wants 'kuih raya' can order to me.The price i'm not remember but if someone wants it, I can ask my mother. I have 2 sisters and one brother. I was the oldest one.I am a go happy person but when I am with somebody I don't know I will become passive or shy...
Maybe this is disease, so I hope there are somebody that can help me..HEHE(*_*)