my friends

my friends

Wednesday 25 July 2012

Jenis-Jenis Jerat

 Sebelum memasang jerat, beberapa perkara perlu diberi perhatian.Antaranya ialah:
· Jenis binatang yang hendak dijerat
· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.

Jenis Jerat


 Jerat bidas.
-Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline  
  dihujung tali tersebut.

-Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.

-Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak
 kedua-dua hujung di atas tanah.

-Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu         lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.



Jerat Bidas





Jerat Sentak



Jerat burung jenis sentak ini biasanya perlukan umpan yang diletakkan/digantungkan kira-kira 3 jengkal dari atas tali pencerut. Biasanya, burung Ruak-Ruak akan memijak palang ranting (yang bertindak sebagai trigger) kerana umpan itu agak tinggi. Ini akan menggerakkan mekanisma lain yang membebaskan pengunci dan seterusnya membebaskan batang pelantak yang sedang dalam stress. Kaki burung itu akan terjerut dan burung akan tergantung.

Jerat Sentak






PANDU ARAH

Maksud pandu arah:
Proses atau aktiviti tepat menentukan kedudukan seseorang dan merancang dan mengikuti laluan.



Jalan 5 langkah ke hadapan



Bahaya



Bergerak ke kiri



Tiba di tapak perkhemahan 

Wednesday 4 July 2012

Asas Sains Sukan 2

Pertolongan Cemas


Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulansmembawa perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri , kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.



KECEDERAAN TISU LEMBUT
Definasi Luka(Tisu Lembut)
*Sejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan pengaliran darah.
*Boleh berlaku diluar atau didalam badan.

Punca Kecederaan:
*akibat alat tajam
*akibat alat tumpul
Jenis Luka
*luka terbuka
~melibatkan organ lain
    ~banyak pendarahan
        ~renjatan
*luka tertutup
~kulit tidak pecah
                ~lebam
                   ~bengkak


KECEDERAAN TISU KERAS
Definasi  Kecederaan Tisu Keras
*Sejenis kecederaan yang melibatkan tisu keras atau lebih dikenali sebagai tulang
*Kecederaan ini selalunya melibatkan patah tulang atau retak tulang.

Tulang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
*tulang panjang
*tulang pendek
*tulang leper
*tulang tidak tentu bentuk

Faktor berlakunya patah tulang
*hentaman langsung~tulang patah atau retak di bahagian tekanan berlaku
*hentaman tidak langsung~tulang atau retak dibahagian yang jauh dari tempat tekanan berlaku

Bahagian patah
*patah terbuka~tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan
*patah tertutup~tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman.


TOTAPS :

T - Talking (bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang cedera.

O - Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan mangsa.

T - Touch (sentuhan)
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.

A - Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.

P - Passif (pasif)
Berhati-hati gerakan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang normal.Berhenti jika kesakitang berlaku.

S - Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh mangsa  berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.



RICE :

R - Rest (rehat)
 Letakan mangsa dalam posisi yang selesa (baring).

I - Ice (ais)
Kaedah :
*Letakan ais dalam tuala / beg plastik
*Rendamkan dalam air
*Elekan meletak ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik / alas
*Ais mengurangkan bengkak / kesakitan / kekejangan otot

C - Compression (pembalutan)
Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.

E - Elevation (meninggikan / elevasi)
Tinggikan bahagian cedera melebihi aras jantung sepanjang masa.





PENCEGAHAN KECEDERAAN SUKAN

Faktor Ekstrinsik :

1-Pakaian

Selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yg ketat menjerut peredaran darah membawa kesan buruk
2-Peralatan
Sesuai dgn umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu terutama oleh kanak-kanak dan remaja
3-Peralatan keselamatan
Pemakaian peralatan keselamatan perlu diwajibkan bagi melindungi daripada sebarang kecederaan.
4-Persekitaran
Selamat dan sesuai untuk menjalankan aktiviti. Bebas daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko kemalangan dan kecederaan.


Faktor Intrinsik :

1-Kesihatan
Memastikan atlet bebas daripada masalah kesihatan.Persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan sebarang aktiviti.

2. Kecergasan
Memastikan setiap atlet mempunyai tahap kecergasan yang optimum sebelum melakukan sebarang aktiviti.

3. Pemakanan
Memastikan setiap atlet mengamalkan pemakanan yang seimbang



Langkah Pencengahan

Memanaskan badan:
meningkatkan intensiti pergerakan membolehkan jantung, peparu dan saluran darah disesuaikan dengan peningkatan kadar kerja bagi mengurangkan tekanan dan risiko kecederaan jantung
menambah keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya
membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap permainan
otot menerima darah yang mencukupi

2. Gerak Kendur
mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalannya, tendon dan ligamen kerana suhu dalaman adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal utama
menguraikan asid laktik dari pada bhg sendi otot yang menyebabkan kelesuan
mempercepatkan kemalian darah ke jantung dan mengembalikan darah yang telah dipam oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan




Pemulihan Kecederaan Sukan(Rehabilitasi)

 Rehabilitasi mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal.

Prinsip
Kesegeraan – ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden atau kes
Pemulihan awal - akukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan kecederaan Jangan tunggu bahagian tercedera ‘sembuh’ baru melakukan pemulihan
Progresif – lakukan rehabilitasi secara beransur maju

Objektif
Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa sesingkat mungkin
Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi
Keterukan atau keseriusan kecederaan
Tahap penyembuhan tisu
Jenis rawata
 Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki
 Kesakitan pada pergerakan sendi
Julat pergerakan sendi
Bengkak pada sendi
Keadaan-keadaan lain pada sendi
Keperluan atlit untuk bermain semula

Proses pemulihan:

1) Menguatkan otot,ligamen dan tendon yang telah pulih dari kecederaan.
2) Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal
3) Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot.
4) Mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaannya.