my friends

my friends

Sunday 16 September 2012

Anduh dan Balutan

Balutan Luka Tangan


Cara-cara:

-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. (seperti gambarajah di bawah)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. 







Balutan Anduh Besar
Cara-Cara:

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada lengan yang tercedera .
-Kemudian silangkan dan buat ikatan buku sila pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.






Balutan Cincin

Balutan boleh dilakukan apabila tertusuk benda yang sukar dicabut seperti paku atau kayu. Sebaiknya, benda yg tertusuk itu tidak dicabut supaya dapat mengelakkan kecederaan  yang lebih serius. 





















Wednesday 12 September 2012

KAYAK


Kayak dan Kenu

Definisi kayak :
     
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil dan agak sempit. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung bilah double.


Sejarah Kayak & Kenu

        Aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. John MacGregor, bapa kayak moden, telah memberi nafas baru dalam aktiviti kayak dan kenu. Sebelum ini, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan.

Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an dan diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun 1970an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu pertama ditubuhkan di Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. 

Perbezaan Kayak & Kenu


      Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup. Menggunakan dua bilah mata dayung (double blade) dan di dayung secara  duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.






KAYAK


       Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan satu bilah mata dayung (single blade) dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.













KENU


Jenis-jenis kayak :

Mandesta (Berbentuk V):
Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.










Otter sport (Berbentuk U): 
Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini  stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan bawahnya yang rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.















Slalom (Berbentuk O): 
Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok. Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.












Bahagian-Bahagian Kayak




Bahagian-bahagian kayak 1


bahagian -bahagian kayak 2



Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung.

Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan.

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.






Basic Paddle Blade(pendayung)

flat                               -air pecah
curved                         -mencengkam(grip) air
assymmetric                 -bantu memudahkan pengeluaran air
                                    -cengkam air


Bahagian-bahagian Dayung 




Blade ( Bilah mata dayung )

Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.


Shaft/Loom/Bar ( Batang Pendayung )

Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck ( Leher Pendayung )

Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring ( Bulatan Getah )

Bahan yang diperbuat daripada getah atau plastik dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tiddak semua pendayung mempunyai drip ring.

Front Of Blade ( Muka Dayung )

Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back Of Blade ( Belakang Dayung )

Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.






Jenis-jenis rescue

x rescue
Untuk melakukan bentuk 'X' hanya sebuah kayak akan digunakan untuk membantu terbalikkan kayak yang telah capsized. Kita perlu melakukan perkara tersebut untuk mengeluarkan air yang ada dalam cockpit. Setelah air tiada dalam cockpit, rakan yang capsized boleh kembali naik ke dalam cockpit sambil dibantu oleh rakan lain.






H rescue
Bagi melakukan bentuk 'H' kita perlu menggunakan 2 kayak untuk membantu mengangkat kayak yang telah capsized. Setelah memastikan tiada air di dalam cockpit, rakan yang capsized boleh naik kembali ke dalam kayak dan mendayung seperti biasa.