Kayak dan Kenu
Definisi kayak :
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan
menggunakan bot kayak yang kecil dan agak sempit. Bot ini direka secara manual
dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung bilah double.
Sejarah Kayak & Kenu
Aktiviti berkayak
telah dijalankan secara meluas. Manusia pada zaman dahulu telah menggunakan
jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Kebanyakan kawasan
penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. John MacGregor,
bapa kayak moden, telah memberi nafas baru dalam aktiviti kayak dan kenu.
Sebelum ini, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia
merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan
dan pendidikan.
Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal
peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan
pedagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an dan diperkenalkan
oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun
1970an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti
tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an 'Penang Canoe
and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu pertama
ditubuhkan di Malaysia.
Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha
merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas
merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan
peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara.
Perbezaan Kayak & Kenu
Sejenis kenderaan air yang
mempunyai geladak tertutup. Menggunakan dua bilah mata dayung (double blade)
dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air
yang digunakan oleh orang Eskimo.
KAYAK
Merujuk kepada sejenis
kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan satu bilah mata
dayung (single blade) dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan
yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan
oleh nenek moyang kita.
KENU
Jenis-jenis kayak :
Mandesta (Berbentuk V):
Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk
memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus.
Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan
perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
Otter sport (Berbentuk U):
Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata.
Perahu jenis ini stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi
mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan
bawahnya yang rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan
haluan depan.
Slalom (Berbentuk O):
Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat.
Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk
melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok.
Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di
bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam
dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang
tinggi.
Bahagian-Bahagian Kayak
|
Bahagian-bahagian kayak 1 |
|
bahagian -bahagian kayak 2 |
Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah
BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada
orang yang duduk dihadapan.
Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang),
istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah
ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.
Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup
bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan
dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.
Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di
bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.
Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang
terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk
didalam kayak.
Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya
berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga
digunakan untuk mengikat Spraycover.
Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk
pendayung.
Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat
meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga
yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan.
Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.
Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah
yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi
sebagai membelah air ketika mendayung.
Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan
Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau
alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.
Basic Paddle Blade(pendayung)
flat
-air pecah
curved
-mencengkam(grip) air
assymmetric
-bantu memudahkan pengeluaran air
-cengkam air
Bahagian-bahagian Dayung
Blade ( Bilah mata dayung )
Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi
untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakkan kayak.Ia
mempunyai berbagai bentuk dan saiz bergantung kepada penggunanya.
Shaft/Loom/Bar ( Batang Pendayung )
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya
lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.
Neck ( Leher Pendayung )
Bahagian percantuman antara blade dan shaft.
Drip Ring ( Bulatan Getah )
Bahan yang diperbuat daripada getah atau plastik dan
terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah menghalang air dari
blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tiddak semua pendayung
mempunyai drip ring.
Front Of Blade ( Muka Dayung )
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan
berfungsi untuk mengaut air.
Back Of Blade ( Belakang Dayung )
Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk
memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.
Jenis-jenis rescue
x rescue
Untuk melakukan bentuk 'X' hanya sebuah kayak akan digunakan
untuk membantu terbalikkan kayak yang telah capsized. Kita perlu melakukan
perkara tersebut untuk mengeluarkan air yang ada dalam cockpit. Setelah air
tiada dalam cockpit, rakan yang capsized boleh kembali naik ke dalam cockpit
sambil dibantu oleh rakan lain.
H rescue
Bagi melakukan bentuk 'H' kita perlu menggunakan 2 kayak
untuk membantu mengangkat kayak yang telah capsized. Setelah memastikan tiada
air di dalam cockpit, rakan yang capsized boleh naik kembali ke dalam kayak dan
mendayung seperti biasa.