Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulansmembawa perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri , kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.
KECEDERAAN TISU LEMBUT
Definasi Luka(Tisu Lembut)
*Sejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan pengaliran darah.
*Boleh berlaku diluar atau didalam badan.
Punca Kecederaan:
*akibat alat tajam
*akibat alat tumpul
Jenis Luka
*luka terbuka
~melibatkan organ lain
~banyak pendarahan
~renjatan
*luka tertutup
~kulit tidak pecah
~lebam
~bengkak
KECEDERAAN TISU KERAS
Definasi Kecederaan Tisu Keras
*Sejenis kecederaan yang melibatkan tisu keras atau lebih dikenali sebagai tulang
*Kecederaan ini selalunya melibatkan patah tulang atau retak tulang.
Tulang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
*tulang panjang
*tulang pendek
*tulang leper
*tulang tidak tentu bentuk
Faktor berlakunya patah tulang
*hentaman langsung~tulang patah atau retak di bahagian tekanan berlaku
*hentaman tidak langsung~tulang atau retak dibahagian yang jauh dari tempat tekanan berlaku
Bahagian patah
*patah terbuka~tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan
*patah tertutup~tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman.
Faktor berlakunya patah tulang
*hentaman langsung~tulang patah atau retak di bahagian tekanan berlaku
*hentaman tidak langsung~tulang atau retak dibahagian yang jauh dari tempat tekanan berlaku
Bahagian patah
*patah terbuka~tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan
*patah tertutup~tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman.
TOTAPS :
T - Talking (bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang cedera.
O - Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan mangsa.
T - Touch (sentuhan)
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan
secara perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.
A - Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit
berhenti.
P - Passif (pasif)
Berhati-hati gerakan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakan yang normal.Berhenti jika kesakitang berlaku.
S - Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat
pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
RICE :
R - Rest (rehat)
Letakan mangsa dalam
posisi yang selesa (baring).
I - Ice (ais)
Kaedah :
*Letakan ais dalam tuala / beg plastik
*Rendamkan dalam air
*Elekan meletak ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik /
alas
*Ais mengurangkan bengkak / kesakitan / kekejangan otot
C - Compression (pembalutan)
Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.
E - Elevation (meninggikan / elevasi)
Tinggikan bahagian cedera melebihi aras jantung sepanjang
masa.
PENCEGAHAN KECEDERAAN SUKAN
Faktor Ekstrinsik :
1-Pakaian
Selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan
penyejatan peluh berlaku. Pakaian yg ketat menjerut peredaran darah membawa
kesan buruk
2-Peralatan
Sesuai dgn umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu
terutama oleh kanak-kanak dan remaja
3-Peralatan keselamatan
Pemakaian peralatan keselamatan perlu diwajibkan bagi
melindungi daripada sebarang kecederaan.
4-Persekitaran
Selamat dan sesuai untuk menjalankan aktiviti. Bebas
daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan risiko kemalangan dan kecederaan.
Faktor Intrinsik :
1-Kesihatan
Memastikan atlet bebas daripada masalah kesihatan.Persediaan
dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan sebarang aktiviti.
2. Kecergasan
Memastikan setiap atlet mempunyai tahap kecergasan yang
optimum sebelum melakukan sebarang aktiviti.
3. Pemakanan
Memastikan setiap atlet mengamalkan pemakanan yang seimbang
Langkah Pencengahan
Memanaskan badan:
meningkatkan intensiti pergerakan membolehkan jantung,
peparu dan saluran darah disesuaikan dengan peningkatan kadar kerja bagi
mengurangkan tekanan dan risiko kecederaan jantung
menambah keyakinan atlet terhadap keupayaan dirinya
membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap permainan
otot menerima darah yang mencukupi
2. Gerak Kendur
mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalannya,
tendon dan ligamen kerana suhu dalaman adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti
fizikal utama
menguraikan asid laktik dari pada bhg sendi otot yang
menyebabkan kelesuan
mempercepatkan kemalian darah ke jantung dan mengembalikan
darah yang telah dipam oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan
tangan
Pemulihan Kecederaan Sukan(Rehabilitasi)
Rehabilitasi
mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal.
Prinsip
Kesegeraan – ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden
atau kes
Pemulihan awal - akukan pemulihan awal untuk mengurangkan
kesan kecederaan Jangan tunggu bahagian tercedera ‘sembuh’ baru melakukan
pemulihan
Progresif – lakukan rehabilitasi secara beransur maju
Objektif
Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan
dan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa sesingkat
mungkin
Faktor-faktor Mempengaruhi Rehabilitasi
Keterukan atau keseriusan kecederaan
Tahap penyembuhan tisu
Jenis rawata
Kekuatan otot-otot
pada tangan dan kaki
Kesakitan pada
pergerakan sendi
Julat pergerakan sendi
Bengkak pada sendi
Keadaan-keadaan lain pada sendi
Keperluan atlit untuk bermain semula
Proses pemulihan:
1) Menguatkan otot,ligamen dan tendon yang telah pulih dari
kecederaan.
2) Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal
3) Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau
otot.
4) Mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaannya.
No comments:
Post a Comment